Ahad, 22 Julai 2007

Tip Lindungi Page Download | Bahagian 1

Ini sedikit tips dari saya untuk melindungi page download anda.


Setelah beberapa lama menyelinap masuk page download website IM lain (Jonathan leger dan lain-lain) , saya sekarang hendak berkongsi bagaimana melindungi page download . (dah tak buat kerja-kerja tu)

Cara yang saya tunjukkan adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sendiri. Ada 8 cara untuk melindungi page download dan fail digital dan buat duit secara tidak sengaja.
8 Cara Melindungi Produk Digital Anda

1. Jangan biar ada folder kosong tanpa fail index.htm . (dalam server)

2. Link download jangan semudah http://www.domainname.com/thankyou.html , buat folder tambahan seperti csdfasfgasf jadi link download adalah http://www.domainname.com/csdfasfgasf/thankyou.html

3. Jangan namakan produk yang di zip sama seperti tajuk ebook/software anda. Contoh Kit Perniagaan Internet , fail zip adalah kitperniagaaninternet.zip atau kitperniagaaninternet.PDF , letakkan huruf tertentu di depan nama fail contoh maktiriakucerkitperniagaaninternet.zip

bersambung

Sabtu, 21 Julai 2007

Review SecretCashReport.Com

Selamat sejahtera

Baru-baru ada seorang member wc menjual satu teknik buat duit menggunakan adsense dan affiliate. Apa yang menarik beliau mendakwa sesiapa sahaja yang gunakan teknik beliau akan mendapat pendapatan pertama dalam USD dalam masa 24 jam !

Ebook tersebut telah di review oleh beberapa usahawan internet antaranya guru saya sendiri , Amirul Faisyal.

Info ringkas:
Amirul Faisyal telah mengeluarkan satu panduan bertajuk Sistem Rahsia, saya adalah salah seorang dari 100 orang pelanggannya yang berpuashati . Sistem yang di ajar terbukti berkesan dalam menjana wang dari internet dalam masa 30 hari.

Saya pun membeli package B , saya baca dan praktikkan apa yang disyorkan, malangnya dalam masa 24 jam tiada satu sen pun yang saya dapat! saya tidak kecewa saya buat lagi ulang langkah-langkah yang diajar tetapi tiada apa yang saya dapat.

Penulis mengajar teknik haram untuk dapatkan wang dari adsense dan affiliate. Bagaimana mungkin saya makan duit haram , saya tidak sanggup menggunakan orang lain dengan tindakan menipu untuk dapat duit dari adsense dan affiliate.

Jika anda berminat saya boleh memberi anda ebook tersebut (package B) secara percuma sebagai balasan kerana saya tertipu !

Muax Kembali ....

Hi , nama saya Muax , saya kembali ke gelanggang internet dengan sikap dan pembawaan yang sama iaitu seorang yang kasar dan kurang ajar. Saya jugak kembali sama seperti dahulu cuma lebih baik dan positif dalam membawa sesuatu isu. Segala posting tidak untuk kepentingan diri sendiri . Harapan saya apa yang saya cuba bawakan membawa manfaat kepada newbie .