Sabtu, 21 Julai 2007

Review SecretCashReport.Com

Selamat sejahtera

Baru-baru ada seorang member wc menjual satu teknik buat duit menggunakan adsense dan affiliate. Apa yang menarik beliau mendakwa sesiapa sahaja yang gunakan teknik beliau akan mendapat pendapatan pertama dalam USD dalam masa 24 jam !

Ebook tersebut telah di review oleh beberapa usahawan internet antaranya guru saya sendiri , Amirul Faisyal.

Info ringkas:
Amirul Faisyal telah mengeluarkan satu panduan bertajuk Sistem Rahsia, saya adalah salah seorang dari 100 orang pelanggannya yang berpuashati . Sistem yang di ajar terbukti berkesan dalam menjana wang dari internet dalam masa 30 hari.

Saya pun membeli package B , saya baca dan praktikkan apa yang disyorkan, malangnya dalam masa 24 jam tiada satu sen pun yang saya dapat! saya tidak kecewa saya buat lagi ulang langkah-langkah yang diajar tetapi tiada apa yang saya dapat.

Penulis mengajar teknik haram untuk dapatkan wang dari adsense dan affiliate. Bagaimana mungkin saya makan duit haram , saya tidak sanggup menggunakan orang lain dengan tindakan menipu untuk dapat duit dari adsense dan affiliate.

Jika anda berminat saya boleh memberi anda ebook tersebut (package B) secara percuma sebagai balasan kerana saya tertipu !

2 ulasan:

Percuma berkata...

ebook apa tu?cam menarik je? siapa yang tulis?amirul ke atau siapa ni? kalau orang nak bagi sample saya ambil je..hehe

Muax berkata...

Bukan amirol faisyal , tapi Hilmi @ onedollargold . rujuk kat web nih http://www.secretcashreport.com

Bukan sumber jer kena halal tapi cara cari rezeki pun kena halal.